Selasa, 21 Agustus 2012

bila pria tak suka di bohongi




Apabila seorang lelaki tu benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan penuh harapan dan iklas,perubahan sikapnya berubah dengan jelas. Hati seorang lelaki yang selama ini keras macam batu tiba-tiba bertukar menjadi lembut seperti sutera, pada masa inilah hati mereka begitu sensitif dan mudah tersentuh sehingga mampu  menitiskan air mata sekiranya dilukai atau dikhianati, kerana jika wanita itu adalah orang yang amat diperlukan dan melengkapi hidupnya sudah tentu dia sangup berkorban apa sahaja untuk mendapatkannya. Namun kaum wanita janganlah pula mengambil kesempatan diatas pengorbanan yang selama ini dilakukan oleh kaum lelaki untuk mu.sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu tu sentiasa bersungguh-sunguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,nyata kamu tidak tersilap pilih teman hidup.situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara yang sebenar.dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan keatas kamu tetapi atas dasar cinta yang sebenar.betapa beruntungnya kamu... 


Dia boleh jadi lucu tapi begitulah hakikatnya apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti kanak-kanak semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripadamu.Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hati nya melayannya lebih dari orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati,sesekali cubalah untuk memujuknya.Jangan kamu sangka manjanya itu mengada-ngada, bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap macho nya kepada seorang lelaki yang berperawatakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi saja.. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang akan datang membantu mu adalah teman lelakimu, tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan berasa bertanggungjawab untuk membantu.si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa saja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah..beruntungnya.. Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama.tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu.itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaanya.. xD

Kadang-kadang si dia akan kerap mengeluarkan kata-kata yang sama seperti " Ingat saya lagi?" , "saya suka orang macam awak" dan lain-lain, sebab itulah kalimah yang sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi, kebanyakan mereka takan membuang masa kepada kamu sekiranya kamu tidak memberi layanan  lebih dari sebagai seorang teman biasa.. mereka sangup menunggu sebarang keputusan oleh kamu kerana ingin melihat sejauh mana pandangan mu terhadapnya, jadi jangan lah terlalu menyembunyikan diri sehingga dia terus menunggu untuk mendengar khbar berita dari mu.


Manusia tidak ada yang sempurna,samalah juga dengan teman lelaki mu..memang tidak boleh daripada  membuat silap dan kadang2 buat kamu kecik hati tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang  kamu perlu sokong. Berilah dia masa untuk berubah..nak berubah ni bukannya senang tapi kalau dia berubah demi bahagiakan kamu,itu satu perkara yang baik..janganlah kamu cari penggati dia semata2 kamu kecik hati dengan kesalahan dia...dan kamu pasti ke pengganti kamu tu dapat bahagiakan kamu.. emm...






**************************




"Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang.. - teringat lagu ni "

  


Jadi,HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya...berilah diri kamu peluang
kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Lelaki tak semua sama.. begitu juga dengan perempuan.. sebaik-baiknya perkara yang perlu dimulakan dahulu adalah memanjatkan doa kepada Allah swt agar dipermudahkan jodoh yang terbaik dan beriman InsyaAllah.. :)


 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar